Cari Blog Ini

7 Ogo 2008


Aku, kina di tengah dan amni semasa hari jadi abang, kina dan kakak. Walaupun sederhana buat di rumah tapi aku dapat merasakan kegembiraan yang terpancar diwajah masing-masing. Nantilah kalau aku dah kerja nanti aku nak belanja puas-puas semua ahli keluargaku.
Amni tu kuat makan, pantang tengok orang makan , dia mesti temankan dan makan sama.

10 Jul 2008

Taman Haiwan

Ini saya edit foto semasa saya dan keluarga melawat ke Zoo Lok Kawi. Ayah yang ajar camana nak buat editing ni. Banyak gak yang saya belajar perkara asas tentang blog ni. Yang lain saya cari sendiri la.

9 Jul 2008

Poring



Foto bersama Amni semasa kami sekeluarga bercuti ke Kolam Air Panas Poring, Ranau. Lokasi air terjun Kopungit. Pehh.....punya sejukla airnya. Kami sampai pagi dalam jam 8. Tak tunggu lagi terus terjun. Ayah dan mamie sibuk menyediakan makanan kami. Pada aku yang penting mandi dulu, sebab dari rumah aku tak mandi lagi. Rasa kesegarannya...kalau tak percaya boleh alami sendiri. Datanglah ke Ranau...perjalanan lebih kurang 3 jam. Itupun kalau bawa kereta macam siput. Kalau macam kilat, 2 jam dah sampai. Seronok tak terkata dapat main air...masa aku kat Shah Alam dulu, susah juga nak dapat rasa air yang segar macam ni.Dah lapar, apa lagi 'serang' kepak ayam yang telah dipanggang oleh ayah.Hmm...bestnya......!

4 Jul 2008

Sama

Apa yang ada sekadar saja...ku syukuri.Cuma satu ku harapkan yang bernama kejujuran. Andainya itu tiada pada kita...apa daya kita.





Hari jadi Amni Safira ke-5 Tahun. Walau majlisnya hanya kami sekeluarga tapi kami semua dapat merasakan kebahagiannya di dalam setiap hati-hati kami. Itulah pentingnya dengan keluhuran dan kejujuran. Aku mendoakan agar adikku ini dilimpahkan rahmat oleh Allah s.w.t dan sejahtera selalu bersama keluarga tersayang. Amin ya robbalalamin.